Sembelihan ialah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah ta’ala.
DALIL
داليل القرءان.
Surah al-Maidah:3
Maksudnya:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib engan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
HUKUM
Hukum sembelihan adalah wajib dengan tujuan dimakan dagingnya. Binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih tidak mengikut syariat, binatang itu disebut bangkai. Bangkai adalah najis dan haram dimakan.
RUKUN SEMBELIHAN
- Penyembelih
- Alat sembelihan
- Binatang sembelihan
SUNAT SEMBELIHAN
Menyebut nama Allah sepertiبسم الله، الله اكبر dan berselawat ke atas nabi
Menyembelih di bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat yang terletak dikiri dan kanan supaya lebih cepat mati..
Menghadapkan binatang ke arah kiblat dan membaringkatnnya di sebelah rusuk kiri.
Menggunakan alat sembelihan yang tajam.
Melakukan sembelihan di siang hari
MAKRUH SEMBELIHAN
- Menggunakan alat sembelihan yang tumpul
- . Menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak disembelih.
- Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
- Tidak membaca bismillah
- Tidak menghadap kiblat
- Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih.
HIKMAH SEMBELIHAN
Di dalam amalan sembelihan, antara hikmahnya ialah :
1. Mencapai keredhaan Allah ta’ala.
2. Menghindarkan penyakit jika memakannya.
3. Tanda penghormatan ke atas makhluk Allah.
4. Binatang tidak mati dengan terseksa.
5. Memastikan daging bersih dan bermutu.
6. Membezakan daging halal dan haram.
7. Dapat mengeluarkan semua darah binatang sembelihan dengan cepat dan
membersihkan daging daripada darah yang mengalir bagi mengelakkan penyakit.
8. Binatang tidak disembelih mudah rosak dan reput.
9. Sembelihan dengan nama Allah bagi memelihara akidah.
ALATAN SEMBELIHAN
Alatan sembelihan yang digunakan mestilah sesuai dengan binatang/haiwan yang hendak disembelih.Haram menggunakan tulang, gigi, kuku, rambut dan tali.