RANCANGAN
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 4
Mata Pelajaran : Ulum Syariah- Ibadah
Tingkatan : 4 Arif
Tarikh : 15 Jun 2011
Hari : Rabu
Masa : 8.50-10.10 pagi
Bilangan Murid : 30 orang
Tajuk : Korban
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempunyai pengalaman daripada keluarga atau sanak saudara yang
mengerjakan ibadat korban.
Murid pernah menyaksikan penyembelihan korban semasa Hari Raya Aidiladha.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran diharap murid dapat :-
Aras 1 : Menyatakan pengertian korban, hukum dan dalil
Aras 2 : Menjelaskan jenis dan umur binatang yang sah dijadikan korban, waktu korban,
pembahagian daging korban dan syarat sah dan sunat korban.
Aras 3 : Menghuraikan hikmah korban
Kemahiran Berfikir : Mengkategori, Sumbang saran
Gabung Jalin : Pendidikan Moral, Sains
Penerapan Nilai : Tolong-menolong, hindari sifat kedekut, bakhil dan tamak, sanggup berkorban, jujur,
ikhlas dan menepati masa.
Penyerapan : Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni, Matematik, Ekonomi Rumahtangga
Bahan Bantu Mengajar : Bahan ICT (video), Gambar-gambar sembelihan korban, Carta, Kaset, Kertas Mahjung,Borang KBKK, Kerja Lanjutan.
LANGKAH /MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUMBER / CATATAN
Permulaan
(3 minit) -Bacaan doa belajar
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين 1.Murid membaca doa belajar secara kelas.
2. Guru meminta murid bersedia untuk menghadapi pelajaran pada hari ini Pengelolaan
-Kelas
Set Induksi
(5 minit) Gambar
- Sembelihan korban
1. Guru menayangkan tentang suasana majlis sembelihan korban.
2. Guru bertanya beberapa soalan berkaitan gambar
3. Guru berbincang dengan murid mengenai isi cerita yang terdapat dalam VCD dan mengaitkan dengan tajuk Sumber
VCD
Pengelolaan
Kelas
Kaedah
Soal Jawab
Langkah 1
(6 minit) Pengertian
Korban ialah menyembelih binatang ternakan (al-an’am) untuk beribadat kepada Allah pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik. 1. Guru memaparkan pengertian korban di skrin.
2. Guru memberi penerangan pengertian korban.
3. Murid diminta menyatakan pengertian korban secara individu. Sumber
Cakera Padat Powerpoint.
Pengelolaan
-Kelas
-Individu
Kaedah
Tayangan Video
Nilai
-Sanggup Berkorban,
-Tidak kedekut, bakhil.
Langkah 2
(8 minit) Hukum Korban
-Sunat Muakkad bagi orang Islam yang mampu.
-Wajib bagi yang bernazar
Dalil Korban
Maksudnya:Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
1.Guru menyoal murid tentang hukum korban
2.Berdasarkan jawapan murid, guru memberi penerangan hukum korban seperti yang dipaparkan pada skrin.
3.Guru memaparkan dalil korban di skrin.
4. Murid diminta membaca dalil korban –ayat 2 Surah al-Kauthar dan maksudnya.
5. Guru meneliti dan membetulkan bacaan murid.
6. Guru menjelaskan maksud ayat 2 Surah al-Kauthar. Sumber
-Cakera Padat
Powerpoint
Pengelolaan
- Individu
Kaedah
- Soal jawab
-Talaqi musafahah
Nilai
- Tekun
Langkah 3
(10 minit) Jenis-jenis binatang korban
-Binatang halal dimakan yang jinak yang mempunyai 4 kaki seperti lembu,kerbau, kambing,biri-biri, dan unta.
Umur binatang yang boleh dijadikan korban
-Kambing,lembu,biri-biri : 2 tahun
-Unta : 5 tahun 1. Guru memperlihatkan gambar binatang ternakan kepada pelajar di skrin.
2. Guru menerangkan jenis-jenis binatang yang boleh dijadikan korban dan syarat umur binatang tersebut.
3. Murid diminta menyebut jenis binatang dan umurnya satu persatu.
4. Guru bersoal jawab dengan murid tentang jenis dan umur binatang yang boleh dijadikan korban. Sumber
-Cakera Padat
Powerpoint
Pengelolaan
- Kelas
Kaedah
- Penerangan
- Soal jawab
Nilai
- Tertib
Langkah 4
(8 minit) Waktu Korban
Mula: Selepas naik matahari 10 Zulhijjah sekira-kira kadar cukup untuk solat sunat Aidiladha atau dua khutbah ringkas.
Berakhir:selepas terbenam matahari 13 Zulhijjah. 1. Guru memaparkan waktu mula dan akhir melakukan ibadah korban di skrin.
2. Guru bersoal jawab mengenai masa mula dan akhir korban Sumber
-Cakera Padat
Powerpoint
Pengelolaan
- Kelas
Kaedah
- Penerangan
- Soal jawab
Nilai
- Tepati masa
Langkah 5
(10 minit) Syarat sah korban
- Binatang yang sudah cukup umur
- Disembelih dalam waktu korban
- Disembelih oleh orang Islam
- Binatang yang halal dimakan.
- diniatkan korban ketikan menyembelih.
- binatang yang sihat dan tidak cacat. 1. Guru memaparkan syarat-syarat sah korban di skrin.
2. Murid diminta melakukan
aktiviti sumbang saran tentang
syarat sah korban..
3. Guru memberi panduan cara
untuk melakukan aktiviti
sumbang saran tersebut.
4. Guru bersoal jawab dengan
murid tentang aktiviti yang
mereka lakukan tadi.
5. Guru memberi peneguhan
kepada murid yang berani
menyatakan syarat sah korban. Sumber
-Cakera Padat
Powerpoint
-Borang KBKK
Pengelolaan
- Individu
- Kelas
Kaedah
-Sumbang saran
Nilai
- Bekerjasama
- Berani
Langkah 6
(6 minit) Pembahagian daging korban
-1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
-1/3 dibuat jamuan untuk orang ramai
-1/3diambil atau dimakan oleh orang yang berkorban 1. Murid melihat carta pembahagian daging korban yang disediakan oleh guru.
2. Guru bersoal jawab dengan murid cara pembahagian daging korban Sumber
Carta
Pengelolaan
Kelas
Kaedah
-Soal jawab
-Penerangan
Nilai
Jujur dan ikhlas
Langkah 7
(6 minit) Sunat Korban
- Disembelih sendiri oleh orang lelaki yang berkorban.
- Memilih binatang yang gemuk.
- Bertakbir ketika berkorban
1. Guru memaparkan sunat di skrin.
2. Guru memberi penerangan perkara sunat korban.
3. Murid diminta menyatakan perkara sunat korban secara individu. Sumber
Cakera Padat Powerpoint.
Pengelolaan
-Kelas
-Individu
Kaedah
Penerangan
Nilai
-Sanggup Berkorban,
Langkah 8
(10 minit) Hikmah Korban
- Mengingati dan menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
- Memberi peluang kepada fakir miskin bersama-sama menikmati daging korban.
- Menimbulkan rasa kesyukuran kepada Allah.
- Memupuk silaturahim dalam kalangan umat Islam.
- Memupuk sifat ikhlas. 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Guru mengedarkan kertas mahjung kepada setiap kumpulan.
3. Guru menayangkan semula VCD dan meminta pelajar membuat catatan berkaitan hikmah ibadah korban.
4. Murid membuat pembentangan di hadapan kelas.
5. Guru membuat rumusan berdasarkan pembentangan. Sumber
-Kertas Mahjung,
-VCD.
Pengelolaan
-Kumpulan
-Kelas
Kaedah
-Perbincangan
-Pemerhatian
-Bengkel
Nilai
-Bekerjasama
-Berani
-Bertanggungjawab.
Penutup
(8 minit) Rumusan
-Pengertian
-Jenis dan umur binatang yang sah dijadikan korban,
-Waktu korban,
-Pembahagian daging korban
-Syarat sah korban
- Sunat korban
-Hikmah korban
1. Guru meminta murid
membuat rumusan tentang tajuk
pelajaran hari ini.
2. Guru membantu murid
membuat rumusan.
3. Guru memberi latihan lanjutan
kepada murid sebagai kerja
rumah.
.
Sumber
-Cakera Padat
Powerpoint
Pengelolaan
- Individu
Kaedah
- Soal jawab
Nilai
- Berani
Refleksi Kendiri:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Ulasan (Guru Pembimbing) :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Ulasan (Guru Besar) :
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………