DARURAT
1. Binatang yang tidak boleh disembelih secara biasa kerana darurat contoh jika terjatuh ke dalam lubang dan tidak boleh dikeluarkan, ia harus disembelih secara idtirari (اضطراري) iaitu dengan melukakan mana-mana bahagian anggota yang boleh mematikannya.
2. Binatang buruan. Binatang yang tidak perlu disembelih. Tetapi jika masih hidup, wajib disembelih seperti biasa. Pemburu yang menggunakan binatang buruan seperti anjing dan singa, tidak perlu meyembelih binatang buruannya jika ia mati disebabkan gigitan binatang buruan tersebut.